BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 9, 2011

Sebuah Ujian Seribu Kasih Sayang

Tidak sesiapapun suka jika diri diuji, sama ada ujian kecil apa lagi jika ujian itu ujian besar. Namun selagi kita menjadi hamba Allah, kita tidak akan terlepas daripada ujian-Nya. Melalui ujian itu, Allah mahu menunjukkan kasih sayangnya.Kerana itu setiap kali dilanda kesusahan, berusahalah menabahkan hati dan memujuk diri agar menerima semua itu dengan hati yang kuat kerana dengan cara itu, kita semakin kuat berdoa agar Allah memudahkan segala urusan.

Masalah bertimpa yang tidak diduga, kadangkala menduga diri. Sebagai hamba Nya yang lemah dan banyak kekurangan diri, kita kerap juga tidak mampu menahan airmata daripada gugur. Kita harus menerima, Allah sedang mengukur kasih sayang kita. Memang sukar melepasi rasa gusar apabila diuji dengan cara menguji orang yang sangat kita kasihi dan cintai.

Apapun jua seharusnya keyakinan kita semakin kukuh, Allah ada untuk membantu kita. Kerana itu apapun  ujian Allah, kita harus sabar dan jangan berhenti daripada berdoa. Doa itu pintu segala kebahagian dan kerahmatan. Jadi tundukkan wajah dan berdoalah...