BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 12, 2011

AKU MENCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al Ghazali

Aku cari mana dia Al Shafie

Kita bongkarkan rahsia kitab suci cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman, Dialah wali, Dialah mencukupi

Aku hidup bererti menikmati damai abadi


Aku sebenarnya inginkan ketenangan; mendambakan situasi yang tenang dan damai seperti tinggal di tepi pantai. Di mana ada ketenangan abadi....

Tuesday, January 11, 2011

ILMU PELITA HIDUP

Ilmu
Kau Pelita kehidupan
Yang menyinari masa depanku
Tidak berjaya jika tiada ilmu didada

Ilmu
Walaupun jauh beribu batu
Tetap ku cari
Tidakku kenal erti kegagalan
Sebelum berjaya ku mencarimu

Ilmu
Kau akan ku cari hingga ke akhir hayat
Supaya bahagia di dunia dan di akhirat

Monday, January 10, 2011

UMUR ITU BAYANGAN JIWA

Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan, jika kau tidak lagi
memandang ke depan
Jika bahang azammu tidak kedinginan
Maka tualah kamu sedemikian

Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya
Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka
Jika kau masih cinta pada asmara
Maka pastilah kau masih belum tua

Walau bagaimana masa itu berlalu
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan

UMUR ITU BAYANGAN JIWA....

Wanita

Hari demi hari
Makin mekarlah hidupnya
Apabila keharumannya itu berputik
Terbayang melayang ke jiwa

Tetapi apakah keharuman itu
Akan terus kekal
Apabila hari demi hari berlalu
Kini yang tinggal
Hanya sekuntum yang layu

Begitulah ibarat wanita
Apabila mekar, dikelilingi kumbang
Tetapi apabila layu
Yang hanya mungkin kepedihan jiwa
Dicaci setiap hari pabila keguguran
Tetapi disebalik ini semua
Allah yang maha kuasa

Sekuntum mawar
Hanya akan dibelai pabila mekar
Tetapi apabila layu
Gugur ke bumi
Dan diinjak-injak manusia

Berfikirlah sejenak
Dimana tersematnya harga diri
Harga diri seorang wanita
Yang tinggal kini
Bagaikan kelopak
Yang berguguran dihembus angin
Tidak pernah disemadikan
Didalam kaca yang utuh pasaknya...

Sunday, January 9, 2011

Sebuah Ujian Seribu Kasih Sayang

Tidak sesiapapun suka jika diri diuji, sama ada ujian kecil apa lagi jika ujian itu ujian besar. Namun selagi kita menjadi hamba Allah, kita tidak akan terlepas daripada ujian-Nya. Melalui ujian itu, Allah mahu menunjukkan kasih sayangnya.Kerana itu setiap kali dilanda kesusahan, berusahalah menabahkan hati dan memujuk diri agar menerima semua itu dengan hati yang kuat kerana dengan cara itu, kita semakin kuat berdoa agar Allah memudahkan segala urusan.

Masalah bertimpa yang tidak diduga, kadangkala menduga diri. Sebagai hamba Nya yang lemah dan banyak kekurangan diri, kita kerap juga tidak mampu menahan airmata daripada gugur. Kita harus menerima, Allah sedang mengukur kasih sayang kita. Memang sukar melepasi rasa gusar apabila diuji dengan cara menguji orang yang sangat kita kasihi dan cintai.

Apapun jua seharusnya keyakinan kita semakin kukuh, Allah ada untuk membantu kita. Kerana itu apapun  ujian Allah, kita harus sabar dan jangan berhenti daripada berdoa. Doa itu pintu segala kebahagian dan kerahmatan. Jadi tundukkan wajah dan berdoalah...

Saturday, January 8, 2011

Cara terbaik atasi masalah

Sandarkan harapan pada Allah, setiap ujian yang datang mempunyai hikmah disebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.

Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk.

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk menghadapinya.
Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukan untuk mencari reda Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

Bangkitlah!! positifkan diri..

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar daripada masalah paling besar hinggalah masalah paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai akan merasa sangat tertekan kerana tidak tahan menghadapinya.

Friday, January 7, 2011

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Sandaran Hati

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu
Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu
Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku
Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati
Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Ruang Rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Tuesday, January 4, 2011

Memoriku

Meskipun ia telah pulang ke rahmatullah, raut wajahnya masih tergambar jelas dalam memoriku. terima kasih atas pesanan yang selalu engkau berikan, sesuatu yang seolah-olah familier, pernah kurasakan dan terekam di memoriku yang terdalam. Seolah tiba-tiba teringat, teramat nyata. Kesepian yang sama. Kesunyian yang sama. Kehilangan yang selama-lamanya..... Semoga engkau tenang disana... Aku juga akan kesana, cuma tidak tau bila dan ketikanya

Gelora Jiwa


  1. Hampir setahun setengah sudah berlalu, di tempat inilah aku menangis dan malam ini, di tempat yang sama aku merasakan bebanan perasaan yang serupa. Gelora jiwa yang tersimpan kukuh selama ini mula memakan diri...  

  2. Namun dalam diriku, ada gelora jiwa yang semakin menyesakkan dadanya dan masih lagi terasa ada kekosongan dalam diri. Kini aku sudah mula berjinak-jinak dengan agama mengaji duran dan sembahyang lima waktu sehari. Aku tidak tahu sampai bila kesabaranku mampu bertahan. Gelora Jiwa kadangkala bagai melimpah ke tebing hati. Aku tidak sanggup memikirkan sesuatu yang lebih jauh.

Sunday, January 2, 2011

Aku Cinta Allah

Ya ALLAH, sesungguhnya hanya padaMU aku meminta dan hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untukku.. Permudahkanlah perjalanan hidupku..

Ya ALLAH dan berilah yang terbaik untukku Ya ALLAH, aku berserah kepada ENGKAU..

Andaikan diriku bisa Seperti yang lain Yang Kau sayang Yang Kau rindukan Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah Aku sungguh tak berdaya Tolongku Tolongku Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir Allah aku lemah dan tak berarti Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah Aku rindu Allah Aku Cinta Allah

Kalau Cinta

Di lubuk hatiku.. Adalah kamu..Sebagai ratu.. Seluruh jiwaku.. Hanya dirimu.. Yang aku mahu

Telah ku percayakan.. Hati ini padamu.. Maka kita tak saling risau.. Risau risau risau
Kalau cinta jangan kacau.. Kalau sayang tak perlu marah.. Kalau ikhlas tak minta berbalas..
Serahkan cintamu.. Pada yang punya cinta.. Di lubuk hatiku Adalah kamu.. Yang aku perlu Seluruh jiwaku.. Hanya dirimu.. Yang aku mahu..
Kau ku perlu Kau jiwaku Kau cintaku
Kau ku rindu Kaulah ratu

Kaulah ratu Kau kau cintaku
Kau ku rindu Kau jiwaku.....

Luahan Hati

pertama kali ku bertamu dengan mu..sayunya hatiku merinduimu.. walaupun belum kita bersua muka,, namun aku tetap jatuh cinta.. pertama kali ku bertemu denganmu.. hatiku terpaut melihat senyumanmu.. aku mengharap engkau menerimaku.. kerna aku bersedia menyintaimu.. akan ku renang lautan yg berapi.. membuktikan kehebatannya cinta ini.. tetapi jikalau kau meninggalkan ku.. terhiris hati ini.terguris jiwa ini... menangis tak berlagu..ohhhh...biarpun ombak yg merubah pantai.. kasih ku tak kan hancur berderai.. biarpun hari berganti hari dirimu tetap ku nanti.. ohhhh...sayangku pimpinkan tangan kumenuju mahligai bahgia..kita bersama nikmati kisah cinta hidup bagaikan di syurga ohhhh..kasih...

Aku Cinta Aku Rindu

Aku Rindu keceriaannya,  kasih sayangnya, aku rindu semua hal tentang dirinya. Cinta telah diturunkan Tuhan pada saat tenang ke dalam hatiku, telah menyalakan dalam diriku suatu cinta kasih yang pahit dan manis sekaligus. Sesekali inilah aku tahu takdir itu amat mengharukan tatkala aku menyusun rindu di sudut hati.. aku langsung lupa bunga cintaMu... rindu di hujung sendu barulah aku tahu betapa sakitnya kerinduan ini...


Saturday, January 1, 2011

Cintakan Tuhan

Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan tuhan kekal abadi. Cinta kepada Pencipta adalah cinta hakiki yang kekal selamanya. Pasti tidak kecewa mempertaruhkan cinta kepada Tuhan. Perasaan cinta kepada Tuhan, Nabi, ibu bapa, guru dan sebagainya. Apabila kita sedar jenis-jenis cinta ini, baru kita faham bahawa cinta adalah lebih luas lagi. Apa kita buat kalau cintakan tuhan??????

Syukurku padaMu Ya Allah

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu, kerana engkau membimbing aku mengenal ayat-ayat suci mu, mengenal sunah rasul mu, sehingga aku tegar dan berasa tenang dalam hidup. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU, kerana engkau mengajar aku tentang dunia ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran...

Penuh Keberkatan

Dalam hati ini, dalam mencapai kehidupan yang penuh ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan. Antaranya adalah dengan memikirkan bagaimana cinta boleh menjadi motivasi untuk mendorong kehidupan ke arah kejayaan dan kecemerlangan hidup kita...

1.1.11 Secantik nombornya

1.1.11 secantik nombornya, semoga tahun ini penuh keberkatan dan keceriaan sentiasa bersama kami....