BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

Cara terbaik atasi masalah

Sandarkan harapan pada Allah, setiap ujian yang datang mempunyai hikmah disebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.

Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk.

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk menghadapinya.
Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukan untuk mencari reda Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.