BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 12, 2011

AKU MENCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al Ghazali

Aku cari mana dia Al Shafie

Kita bongkarkan rahsia kitab suci cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman, Dialah wali, Dialah mencukupi

Aku hidup bererti menikmati damai abadi


Aku sebenarnya inginkan ketenangan; mendambakan situasi yang tenang dan damai seperti tinggal di tepi pantai. Di mana ada ketenangan abadi....

Tuesday, January 11, 2011

ILMU PELITA HIDUP

Ilmu
Kau Pelita kehidupan
Yang menyinari masa depanku
Tidak berjaya jika tiada ilmu didada

Ilmu
Walaupun jauh beribu batu
Tetap ku cari
Tidakku kenal erti kegagalan
Sebelum berjaya ku mencarimu

Ilmu
Kau akan ku cari hingga ke akhir hayat
Supaya bahagia di dunia dan di akhirat

Monday, January 10, 2011

UMUR ITU BAYANGAN JIWA

Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan, jika kau tidak lagi
memandang ke depan
Jika bahang azammu tidak kedinginan
Maka tualah kamu sedemikian

Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya
Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka
Jika kau masih cinta pada asmara
Maka pastilah kau masih belum tua

Walau bagaimana masa itu berlalu
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan

UMUR ITU BAYANGAN JIWA....

Wanita

Hari demi hari
Makin mekarlah hidupnya
Apabila keharumannya itu berputik
Terbayang melayang ke jiwa

Tetapi apakah keharuman itu
Akan terus kekal
Apabila hari demi hari berlalu
Kini yang tinggal
Hanya sekuntum yang layu

Begitulah ibarat wanita
Apabila mekar, dikelilingi kumbang
Tetapi apabila layu
Yang hanya mungkin kepedihan jiwa
Dicaci setiap hari pabila keguguran
Tetapi disebalik ini semua
Allah yang maha kuasa

Sekuntum mawar
Hanya akan dibelai pabila mekar
Tetapi apabila layu
Gugur ke bumi
Dan diinjak-injak manusia

Berfikirlah sejenak
Dimana tersematnya harga diri
Harga diri seorang wanita
Yang tinggal kini
Bagaikan kelopak
Yang berguguran dihembus angin
Tidak pernah disemadikan
Didalam kaca yang utuh pasaknya...

Sunday, January 9, 2011

Sebuah Ujian Seribu Kasih Sayang

Tidak sesiapapun suka jika diri diuji, sama ada ujian kecil apa lagi jika ujian itu ujian besar. Namun selagi kita menjadi hamba Allah, kita tidak akan terlepas daripada ujian-Nya. Melalui ujian itu, Allah mahu menunjukkan kasih sayangnya.Kerana itu setiap kali dilanda kesusahan, berusahalah menabahkan hati dan memujuk diri agar menerima semua itu dengan hati yang kuat kerana dengan cara itu, kita semakin kuat berdoa agar Allah memudahkan segala urusan.

Masalah bertimpa yang tidak diduga, kadangkala menduga diri. Sebagai hamba Nya yang lemah dan banyak kekurangan diri, kita kerap juga tidak mampu menahan airmata daripada gugur. Kita harus menerima, Allah sedang mengukur kasih sayang kita. Memang sukar melepasi rasa gusar apabila diuji dengan cara menguji orang yang sangat kita kasihi dan cintai.

Apapun jua seharusnya keyakinan kita semakin kukuh, Allah ada untuk membantu kita. Kerana itu apapun  ujian Allah, kita harus sabar dan jangan berhenti daripada berdoa. Doa itu pintu segala kebahagian dan kerahmatan. Jadi tundukkan wajah dan berdoalah...